Mesti anda semua
peningkan macam nak menjimatkan penggunaan elektrik. Tak semestinya kita nak
kena tunggu Earth Hour. Setiap hari sebenarnya kita boleh menjimatkan
elektrik. Saya ada cara macam mana nak menjimatkan penggunaan elektrik yang
paling berkesan untuk dikongsikan kepada semua agar anda semua boleh mencuba di
rumah.
Antaranya ialah:
1. Peti
Sejuk
a). Ini mudah
sahaja hendak jimat penggunaannya iaitu belilah makanan basah atau sayuran
untuk kegunaan dalam jangka masa 1 minggu sahaja. Kenapa? Makanan basah contoh
seperti ikan, bertahan pun dalam jangkah 1 minggu. Itupun sudah dikira darurat.
Okey.., katakanlah kita ada program hujung minggu itu atau pergi ke bandar.
Jadi..,makanan basah untuk 1 minggu itu sure sudah habis. Tidak
habis kena habiskan juga. Jadi bolehlah ibu-ibu padam suis peti sejuk. Mudah
sahaja kan...bolehlah berjalan dengan aman tanpa was-was.
b). Dan yang paling
Jimat ialah padam suis peti sejuk itu dikala waktu malam. Ini kerana malam
tidak ada matahari. Jangan risau, tidak cair pun makanan basah itu kerana
disimpan dalam peti beku. Bila bangun pagi pergi hidupkan peti sejuk itu
semula.
*** Tidak percaya
cuba ikut langkah tersebut dan lihatlah hasilnya dalam bil elektrik anda.
2. Periuk Nasi
Bila hendak
masak nasi , pastikan lap periuk nasi terlebih dahulu untuk bagi betul-betul
kering dan tutup periuk nasi tersebut.
3. Air Cond
- Benda ini memang antara kos yang agak mahal. Caranya senang saja, bila waktu sejuk tidak payahlah pasang. Guna kipas sahaja. Kecualilah kalau musim panas, pasanglah aircond dan pastikan kipas tukar dari mood "auto" ke "on" aje. Ok.
- Tutup lampu bilik apabila tidak digunakan. Cahaya lampu menghasilkan haba yang akan menyebabkan penghawa dingin bekerja dengan lebih kuat.
- Elakkan pancaran sinaran matahari daripada terus kepada penghawa dingin yang sedang berfungsi.
- Kurangkan pergerakan masuk - keluar melalui pintu. Ini akan menyebabkan kehilangan udara sejuk dari dalam kawasan yang sejuk.
- Jangan letakkan peralatan pemanas berhampiran dengan penghawa dingin.
- Tetapkan suhu pada 24-26 Darjah Celcius. Penyejukan bilik kepada suhu yang lebih rendah daripada 20 Darjah Celcius akan menyebabkan kemasukan haba dari luar dengan cepat. Ini akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik.
- Bersih dan tukar penapis udara (air filter) secara terjadual. Tak tahu? bertanya... "Malu bertanya sesat jalan" atau search kat Mr.Google.. :)
***Dan bagi yang
belum pasang aircond, bila bercadang pasang nanti kena pastikan air cond
yang sesuai digunakan. Pastikan baca label di bawah:-
4. Mesin basuh
Anda digalakkan untuk tidak mengunakan
mesin pengering bila cuaca elok. Jemurlah pakaian tersebut dibawa sinar
matahari untuk mengeringkannya. Ini kerana matahari itu mempunyai kuasa untuk
mematikan kuman-kuman dalam pakaian. Bila cuaca hujan barulah guna mesin
pengering. Dan itulah gunanya pengering. Tidak rugi kalau berjimat.
5. Tutuplah suis apabila tidak digunakan dan
cabut suis tersebut. Walaupun kita sudah tutup suis tersebut tapi arus elektrik
itu masih ada.
6. Janganlah tamak, sudah ada Laptop
depan mata nak lagi televisyen (TV) depan mata. Mana satu nak tengok ni.
Tapi bagi orang yang tidak risau pasal kewangannya habis ke arah
perkara-perkara demikian, senanglah kan. Bagi saya kalau dapat jimat,
jimatkan. Ini bukan kes kedekut tapi kes nak berjimat. Sara hidup sekarang
amatlah mahal. Hidup seorang senanglah tapi bila sudah ada yang ditanggung ini
memang payah. Lagipun tak rugi berjimat, boleh didik individu tersebut supaya
lebih cermat,teliti dan fokus.
Selamat Mencuba!!

No comments:
Post a Comment